APA ITU FISIOTERAPI???

Assalamualikum dan salam satu Malaysia. Hari ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang kos yang saya tengah pelajari pada waktu ini iaitu kos FISIOTERAPI yang berada di kampus uitm puncak alam, Selangor, Darul Ehsan. Kos ini mengambil masa selama 4 tahun dan dipelajari secara praktikal dan teori. Mungkin ramai yang masih belum  sedar atau tahu tentang kewujudan kos ini. Ramai pelajar sekarang lebih menumpukan perhatian kepada bidang bidang perkerjaan yang terkenal seperti DOKTOR, PENSYARAH, GURU, JURUTERA, DAN JURURAWAT. Secara umumnyas,Fisioterapi merupakan salah satu cabang dalam bidang perubatan yang amat penting. Fisioterapi adalah singkatan bagi fisio iaitu fisiologi yang membawa makna fungsi dan terapi sama maksud dengan penjagaan.Jadi makna fisioterapi ialah penjagaan atau pemulihan kefungsian. Di Malaysia fisioterapi dikenali sebagai jurupulih perubatan anggota atau pegawai pemulihan perubatan (anggota).(dari sumber http://www.xpresi.org/apa-itu-fisioterapi-dan-kaitan-dengan-perubatan/)

   Kini terdapat pelbagai bidang pekerjaan yang telah ditawarkan untuk pelajar pelajar kos fisioterapi. Mereka boleh bekerja di hospital swasta mahupun kerajaan, boleh membuka klinik sendiri, boleh menjadi ahli fisioterapi dalam bidang sukan seperti sukan bola sepak dan pelbagai lagi. Bidang fisioterapi juga meluas, kita boleh menceburkan diri dalam bidang sukan, dan  kanak kanak,

   Ramai yang  mengenali fisioterapi hanya sebagai  seorang “tukang urut”….sebenarnya tidak…kami bukan hanya belajar cara untuk  mengurut tetapi jugak pelbagai teknik untuk menyembuhkan pesakit strok, lumpuh, patah anggota badan dan pelbagai lagi.. anda mungkin terkejut jika saya menyatakan bahawa ahli fisioterapi jugak diperlukan apabila seseorang itu ingin melahirkan bayi…. Ya..fisioterapi jugak mengajar cara untuk meneran atau “push” yang betul kepada pesakit yang ingin melahirkan bayi.

   Akhir kata, janganlah takut untuk menceburi bidang ini, kerana bidang fisioterapi merupakan salah satu bidang pekerjaan yang dapat membantu masyarakat. Tiada pekerjaan satu pun yang di dunia ini senang. Jadi anda harus berusaha untuk berjaya……

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s